24 September 2010

busy



been busy with this lately.
duit sudang enteng...

:'(

27 August 2010

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah. Saya sudah sampai rumah (Seremban) first time naik train dengan Nananera. Tapi saya balik rumah dulu, padan muka dia kena tunggu mama dia amik lambat! hahahaha.




Alhamdulillah jugak, baru saje melepasi minggu2 terbusy dalam hidup. Siap dengan tests, presentations, seminar. PM pon solute dengan ke-busy-an kitaorg.




Nak bagi tau satu rahsia. Tadi aku tak pose. Terkorek hidung. - batal pose kan?
Dah alang2 batal pose, aku pegi la bazar ramadhan masa balik dari clss, beli sebungkus air oren untuk dinikmati di rumah. blurrpp, ALHAMDULILLAH, kenyang!




Tetiba, handphone aku bunyik. ...brupppp...bruuuppp..bruuuppp...




Rupa-rupanye uncle aku yang call. Dia ajak buka puasa sekali dengan dia. - pantang aku tolak rezeki ni! So, YES TO UNCLE. AND SEND TO 34222.






Dup-dap-dup-dap uncle aku bawak la pegi 1 restaurant kat area stadium shah alam ni. Restoran masakan Thai. Agak exclusive jugak la restoran ni. Harga dia pon, mcm lanc!!




So, disebabkan uncle aku murah hati nak belanja, aku pon dengan senang hati amik byk byk byk makanan. kira kalau total up balik, dalam rm120 jugak untuk 'berbuka puasa' tu. 2 org je tau! dasyat tak?




dup-dap-dup-dap.




Tetiba ada sorang mamat datang. pekerja restoran tu jugak a.k.a manager dia.


"hari ini, belanja makan. So, makanan semua saya bayar."


tak ke korang pelik kalau sedap-sedap dah makan, for free pulak? memang pelik, tapi, ALHAMDULILLAH again!




Makan for free!!! Sape nak bagi????




-sedap shark fin soup dia!-





23 August 2010

NONOK - APA MAKSUDNYA?

18 Julai 2010   -    Tarikh akhir aku update blog.



23 Ogos 2010  -    Hari ini.



Dah sebulan lebih rupanya aku tak update blog! Pedulik apa aku, korang nak update banyak-banyak ke, ada aku kesah? huhh!!    *nada jelez*


Bukan tanak update wahai follower aku yang dah beribu-ribu ni, hehehekk, tapi masa mencemburui. Sungguh! Kalau tak percaya, sila tanya saya!


Kehidupan di Shah Alam seperti yang disangka! Sebelum masuk sini lagi aku dah tau masa aku akan banyak habis kat buku. Itulah apa yang terjadi. Setiap hari mengadap buku, mengadap lecturer, melayan peel masing-masing yang macam-macam, buat assignment hampir setiap malam, itulah kehidupan aku di sini.


Oh ya, saya nak cerita pasal nonok-nonok saya sebenarnya. Dan nonok-nonok saya di sini semuanya adalah bloggers okay! tapi tak se-femes saya! Sungguh!!





Nama di beri Nurul Nana. Tapi nak femes sangat, disuruh panggil NanaNeera! Macam lagu Amy Mastura tu. Konon-konon nak femes macam Amy Mastura tu, tapi....padahal....

Sikap buruk : Nana ni seorang yang penyegan terhadap kucing. Setiap kali kucing menghampiri, dia akan cepat-cepat tutup muka dengan tangan sambil kaki sudah berada di udara. Sila bayangkan!

Sikap baik : Nana ni suka masakkan aku! Setakat ni dia baru masakkan aku sardin. Untuk sahur. Nak buat pengakuan ni. Ari tu lepas dia masak, dia suruh aku comment. Aku baru nak comment sejujurnya, dia mencelah mcm ni, "baik ko cemment baik-baik. Aku dah masak seikhlas dan penuh dengan kasih-sayang dah ni" - sekiranya anda jadi saya, apa anda nak cakap?? mesti lah yang baik-baik je kan. Kesian berpoloh-poloh masakkan untuk aku.

TAPII...

disini saya nak buat pengakuan! TAK KIRAAAAA... nak lepaskan jugak sekarang! Dah lama aku pendamkan perasaan aku ni! HUHHH!!!
SARDIN DIA MASAK MASINNNNNN!!!!!!!!!
ko gatal nak kawin ke nana??!!! berapa senduk nasik garam ko masukkan dalam sardin tu ha? Tapi takpe, untuk menjaga hati, aku tambah 2 kali nasi. WALAUPUNNNN....






Nama di beri ialah Nurul Fara Qalsom. Nak femes jugak seperti si Nonok pertama tadi, dia pon suruh panggil Fara je.. Fara je ni ada ramai boyfrienddd.. ehemmmm...takpe2, tanak la cerita pasal ni. Nanti di baca kembang buntot. Bau buntot kang library ni! :)

Sikap baik : Fara ni kami gelarkan "alarm". Konon-konon menepati masa. Kalau lepak mana-mana je, dia lah yang jadi alarm ingatkan kami akan betapa pentingnya mengikut masa. Oleh itu, dia lah orang pertama akan mengudarakan soalan, "15 MINIT LAGI, BALIKKKKK!!!" - soalan ke??

Sikap buruk : Sama seperti Si Nananeera, Fara ni juga seorang pemalu kepada kucing. Tapi ada 1 lagi sikap burok dia. Dia ni suka recommend lagu-lagu indon entah mana-mana dia dapat, suruh kami dengar. Dengan harapan, akan memuji beliau, "Sedapnye lagu ko download ni Faraaaa..Pandai sangat ko cari laguu....bertuah boyfriend ke-8 ko dapat ko!"   erkk..






Walau bagaimana penat pon tangan ini menaip, tapi hati ini tetap berdegil manu mencurahkan segala isi yang terbuku di dalam dada ini! *ayat bakal Sasterawan Negara*

Nama beliau ialah Siti Norecah Sameon. Aku sendiri confuse, nak panggil Ecah ke, Sai ke, Binti ke, sume nama dia nak sapu. Cantik sangat kehh nama nak macam-macam??!

Sikap baik : Ecah ni seorang yang.... pandai mengatur ayat-ayatnye. :) Sebagai contoh, ada satu kejadian yang tidak boleh diceritakan unsur-unsurnya, tapi dia pandai cover ayat dengan berkata... "alaahhh, takde pape la....kawan je tuuuuuu" dan totttttttt.... tak bole cerita lebih2 benda ni! SENSITIPPP!!!!

Sikap burok : Ecah ni suka update blog dalam class! Tuan Ahmanul, tengok student kamu ni.. Ketap-ketip-ketup bunyi keyboard dia tekan sekuat hati. Padahal lecturer tengah mengajar kat depan ni. bagi aku lah, baik lah tengok slide.... slide artis kat blog! hahaha. Nak tengok slide lecturer, mimpi bole la!





Nama diberi ialah Siti Senah. Tapi nak glamor, panggil la PAEN! Paen ni ada boyfriend, boyfriend dia nama APIS! - erk, perlu ke nk mension??

Sikap baik : Paen dia ada adik nama Hajjah. Dah banyak kali dia amik Hajjah. Siti Nurhaliza pon 2 kali je amik Hajjah nok! Ko mampu??? PAEN MAMPU!!


Sikap burok : Paen ni dia punya gelak pelik sikit. macam kerongkong tersumbat jambu, - erk, Fara jangan terase eh! Ha, sepelik itu lah dia gelak. Dah tu dia suka gelak. Lagi la aku mushkil, dari mazhap mana dia copy+paste gelak tu?



Oleh itu, saya mengucapkan selamat berbuka puasa kepada NONOK-NONOk saya yang jauh di mata, dekat di hati.

Jaz dan Fad Jamil, kamu juga nonok-nonok saya. Tapi kamu lelaki, oleh itu saya taknak cerita pasal kamu. Nanti lebih femes daripada saya. taksuke! :p





saya dan NONOK-NONOK saya!




18 July 2010

MANUSIA PALING COMOT DI DUNIA !!!

Ayooo! Lamanya tak update blog. Sibuk yang teramat sangat melanda diri! =(


Takpela, post kali ni, aku nak senaraikan MY TOP 2 senarai insan paling comot kat dunia ini.


JENGJENGJENG..



1. Muhammad Farhan



Daripada gambar beliau di atas, kita sudah tahu betapa comotnye Farhan ni! Dah la gigi besar, hidung penyek! 






Calon ke dua pula ialah,






2. Fatin Nabila


Inilah budak sekolah paling busuk sekali. Naik je kereta lepas habis sekolah, amik kau.. 



TAPI, COMOT-COMOT PON, DUA ORANG NI LAH AKU PALING RINDU SAAT DAH DUDUK JAUH NI. *SHAH ALAM TAK LA JAUH MANA*.

YELA, DAH 2 BULAN TERPERAP DALAM RUMAH TENGOK PERANGAI SORANG-SORANG, NI KALAU DUDUK RUMAH SEWA NI SORANG-SORANG TERASA NAK JE DENGAR DUA ORANG NI GADUH DEPAN AKU. MESTI AKU AKAN TERSENYUM TENGOK TELATAH DUA ORANG ADIK KESAYANGAN AKU NI. :))


adoi, bila lah aku boleh balik Seremban. Rindunya dekat adik-adik aku!!


03 July 2010

register.

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. :))


Tadi register di Shah Alam. Dah macam Segamat dah, fakulti business tu penuh dengan budak-budak Segamat je. Memang cun habis lah kan! :D


Seronok dengar Azzim dapat tukar ke Shah Alam. Tumpang happy bagi pihak dia. Best kan feeling dapat tempat yang kita nak kan jim kan!  :)))))))))))


Untuk degree ni, aku nak cari kawan-kawan baru, nak cedok segala pengalaman baru, belajar hidup susah sikit, kurangkan enjoy (agak susah), dan paling penting, STUDY SMART! 

02 July 2010

Shah Alam

Bismillahirohmanirahim.


Sekarang jam baru menunjukkan 5.37am. Aku telah set alarm tepat pada pukul 7.30am. Kerana plan utk gerak ke Shah Alam pukul 8am.


Aku tak lena tidur tadi. Asik memikirkan, adakah ini langkah terbaik yang harus aku tempuh?




Ya Allah ya tuhanku,
Berikan lah ku kekuatan menghadapi hari-hari mendatang.
Kurniakanlah aku kesungguhan dalam menuntut ilmu pengetahuan.


Amin..



16 June 2010

Fast Update



Buat pertama kalinya,
saya memasak di rumah ini.
(selepas habis UiTM okay!)


Segala cerita terkandung di dalam belog adik saya. =D


13 June 2010

HINDUSTAN!

Setiap hari Sabtu petang di TV3 kan ada cerita hindustan.




Ada kaitan cerita hindustan di TV3 tu dengan aku. Begini,




Tadi, aku kena pergi klinik sebab kena buat injection typhoid sebab aku kerja di kedai makanan. So, pergi lah buat injection tu walaupon dah setahun lebih kerja.


Selepas dah register nama, jumpa doctor, duduk lah sekejap dekat kerusi tu sambil2 tengok TV. Diaorg bukak cerita hindustan dekat TV3.


Mula2 macam malas nak tengok, sebab aku tak layan sangat hindustan ni, so masa scene menyanyi tu, tengok je lah.


Sedar tak sedar, tiba-tiba ada pakcik sebelah aku tegur...


" Nama anak ni, Fadzli ke? "


Aku terkejut lah dia tau nama aku.. " Aah, kenapa?" aku tanya dia balik.


" Budak dekat register tu dah 3 kali jerit nama anak. Sedap layan hindustan eh? "




Tak ke kau segan kalau ko jadi aku? Terus aku bangun, buat muka bodoh pergi kat tempat amik ubat. Akak tu siap senyum sinis lagi dekat aku. Cheh!





lagi2 kalau scene menyanyi pulak. erk, melekat!




* serious weh, kadang2 layan hindustan masyuk jugak tau! *





12 June 2010

blog super cool !




kawan aku post satu website yang cool gile.
lagi cool dari website jual baju2 online ni.


sampai tak tido malam aku terbayang website ni.
nah, amik dah hafal website ni.


11 June 2010

<->o<->




Gambar daripada Google. Thx google. You help me a lot!


Orang cakap, honest is the best policy.
Tapi, bila aku imagine balik, dalam minda masyarakat kita sekarang.


IT'S NOT THE BEST POLICY AFTERALL.


Cakap benda betul, orang fikir kita lain.
Kalau tak cakap, mulut ni batal benar nak cakap!


Best thing is,


BUAT JE APA KITA FIKIR BETUL.


and, selalu amalkan sifat :


ADA AKU KISAH? erk.. ADA FAD KISAH?