16 May 2010



Terima kasih FACEBOOK.

Sebab apa nak berterima kasih dengan facebook pulak? Sebab berjaya menemukan kembali kawan-kawan lama yang telah lama terpisah.

Yang seronoknya, baru-baru ini baru je selesai habis reunion sekolah rendah dulu dekat Glory Beach Resort, Port Dickson. Sekolah rendah okay! korang ada ke? hahahhaa.

Mula-mula proses dengan buat batch kumpulkan balik budak-budak ni kat facebook, lepas tu rancang buat reunion. 


Sekolah rendah kitaorang dulu nama dia Petaseh Berasrama dekat Jelebu. Kecik-kecik dah duduk asrama kan? Sebab tu bila kumpul balik, masing-masing muka dah macam mak+bapak orang! :D


- ini lah batch yang dibuat oleh Safwat + Jepun (Nadzreen) -


Bincang punya bincang, akhirnya telah ditetapkan pertemuan pada 15 Mei 2010 dekat Port Dickson. Mula-mula ingat ramai yang tak join. Lastly, lebih 20 orang jugak yang datang.

Muka masing-masing dah berubah. Ada jugak lah yang boleh dicam lagi. Tapi mostly, mmg berubah tahap cipan! Cipan pon tak berubah banyak macam mereka. :p




setelah berkumpul di lobby hotel, masing2 plan nk buat aktiviti macam zaman kita orang sekolah rendah dulu.



Dimulakan dengan warawuf (ice breaking). Kena la bagi tau buat apa sekarang, apa rancangan seterusnya, nak kawin bila, bla bla bla.

Lepas tu, aktiviti paling seronok.



1. Main Pisang Goreng.

Aku dah lupa sebenarnya macam mana nak main Pisang Goreng ni. Lastly, bila dah dapat rentak, memang lawak game ni. Ye la, orang besar yang main, sambung perkataan tak senonoh lak tu, dekat pantai Batu 3, Port Dickson pada malam Sabtu yang berlambak orang lak tu. Ah, pedulik apa, janji seronok!


2. Main Baling Selipar.

Game ni paling penat sekali. Sampai nk terkeluar jantung main baling selipar. Semua sebab nk ingat balik zaman budak-budak dulu. Tak boleh bayangkan mcm mana kitaorang main game ni dulu. Sekarang dah besar, sampai tak cukup nafas nak lari daripada kena baling selipar. HUHUHUHU...


Memang seronok gila reunion ni. Next plan dengar cerita bulan 10 ni. Sebab ada antara kami ada yang nk melansungkan perkahwinan. Jumpa di sana!






0 comments: