Ada kaitan cerita hindustan di TV3 tu dengan aku. Begini,
Tadi, aku kena pergi klinik sebab kena buat injection typhoid sebab aku kerja di kedai makanan. So, pergi lah buat injection tu walaupon dah setahun lebih kerja.
Selepas dah register nama, jumpa doctor, duduk lah sekejap dekat kerusi tu sambil2 tengok TV. Diaorg bukak cerita hindustan dekat TV3.
Mula2 macam malas nak tengok, sebab aku tak layan sangat hindustan ni, so masa scene menyanyi tu, tengok je lah.
Sedar tak sedar, tiba-tiba ada pakcik sebelah aku tegur...
" Nama anak ni, Fadzli ke? "
Aku terkejut lah dia tau nama aku.. " Aah, kenapa?" aku tanya dia balik.
" Budak dekat register tu dah 3 kali jerit nama anak. Sedap layan hindustan eh? "
Tak ke kau segan kalau ko jadi aku? Terus aku bangun, buat muka bodoh pergi kat tempat amik ubat. Akak tu siap senyum sinis lagi dekat aku. Cheh!
lagi2 kalau scene menyanyi pulak. erk, melekat!
* serious weh, kadang2 layan hindustan masyuk jugak tau! *

0 comments:
Post a Comment