10 June 2010

Post yang panjang.



Jam menunjukkan pukul 5.30am.
Aku masih tak boleh tido.



Inilah balasan selalu tido lambat. Bayangkan, kalau biasanya keesokkan harinya aku kerja morning shift, aku biasa tido dalam pukul 3am lebih. Inikan pula aku on leave selama dua hari. Ya tapi dah masuk hari ke-dua. Jadi, esok aku kena kerja semula. ohmygossh!


Aku tak tahu korang dah tau ke tak aku dah tak lagi kerja di Starbucks, Plaza Berjaya. Bukan merajuk atau kena usir buang daerah, tapi setelah dua kali usha Starbucks Seremban, akhirnya aku telah berjaya menjejakkan kaki ke lantai kedai kopi ini dan mengemop juga lantai ini setiap kali closing. Semua sebab nk dekat dengan ibu punya pasal. Tak kisah la hiburan aku semua kena potong, janji dapat tengok ibu setiap masa. Takkan boleh 'setiap' punya. Kadang-kadang tak jumpa pon pernah!  (^___^)


back to the story,


Seriously, aku rindu suasana hiruk-pikuk *tak tau la ada ke word ni* bunyi kenderaan keluar masuk, budak ponteng sekolah every weekdays, tengok ragam pelbagai manusia yang berlainan background masa dekat Bukit Bintang dulu. Sekarang dah pindah Seremban, hiruk-pikuk yang lama dulu tak lagi kedengaran. Paling koman pon, dengar lah partner *worker = partner* memekak calling drinks. bosan kan? aku tau. :)


Bukan itu aku nak cerita sebenarnya, tapi dah tercerita. korang baca je la eh.


Setiap tempat aku pergi ada cerita tersendiri. Tak kira lah dari rumah ke, tempat belajar ke, asrama ke, rumah sewa ke, atau pon tempat bekerja. Masing-masing ada cerita dan sama ada mahu atau tidak, kita kena face the situation tu. 


1. Masa di rumah cerita pasal bertengakar dengan adik-beradik.

2. Kalau dulu masa belajar, cerita pasal tak puas hati dengan teman setempat belajar.

3. Masa di tempat kerja pula, tak puas hati dengan boss pula.



As you see, setiap tempat aja jeee cerita dia tersendiri. Maun tak maun, kena jugak terima. Kalau tak boleh terima, tak payah jadi manusia. Setiap manusia tak lari dari masalah. Abis tu, yang lari dari masalah tu, bukan manusia la eh? Sendiri-sendiri lah fikirkan!  (*___*)


Disebabkan aku bekerja ni, macam-macam masalah lah yang aku dapat kenal pasti berkaitan dengan kerja ni. 


- tak puas hati tentang schedule
- menyirap dengan perangai boss.
- partner plastic a.k.a talam.
- mulut partner celupar, jenis main sembur je.
- dan bermacam-macam lagi lah!


Memang lah pada dasarnya, menyirap jugak darah bila kita nak kerja sedap-sedap, ada mcm2 masalah timbol sekeliling kita. Sape tak menyirap kan? Yang mula2 tak nak masuk campur pon, tetiba dah terkena masuk campur jugak. Amacam? Yela, kena lah jugak tahu gossip2 sekeliling kita kan. Sebab tu kena masuk campur jugak. hikhikhik.


Tapi satu je aku selalu letak dalam diri aku. Ini baru aku kerja part-time, aku dah jumpa masalah macam ni. Macam mana pulak kalau satu hari nanti aku kerja dengan firm2 besar *insyaallah* lagi lah macam2 cerita nye. Kalau kerja setahun-dua tak pe. Ini nanti most of the time kita spend masa kat kerja nanti. So, aku amik langkah mudah buatkan semua yang berlaku di sekeliling aku ni sebagai bekalan di hari tua. - ayat poyo pertama.
Dan juga dengan bekalan bekerja sekarang, dapat juga saya mencantikkan sedikit resume saya nanti. - ayat poyo kedua.


Kan orang tua2 selalu cakap, kita jangan lari dari masalah. Buat dia sebagai pedoman. Belajar dari kesilapan. - mcm double meaning je ayat aku ni.



Issue berkenaan Boycott Starbucks.


Sila lah faham dan fahami dan berfikiran matang. Saya sudah hampir setahun bekerja di sini. Walaupun masih baru, saya akui banyak benda saya belajar di sini. Saya mencari rezeki yang halal, dan saya juga seperti kamu, BENCIKAN ISRAEL.

Tapi, janganlah disebabkan saya bekerja di kedai kopi berlatar belakang freemason tu  .(*__*).  saya pon turut sama kena berhenti kerja disebabkan memperjuangkan boycott tu.

Macam mana pula pekerja bank yang mendapat hasil gaji daripada faedah yang bank terima? Boleh ke anda labelkan rezeki itu rezeki haram kerana dari sumber faedah (interest)? Allahualam. Kita terlalu kecil ilmu berbanding yang Maha Kuasa untuk tentukan halal/haram. Janji dia mencari rezeki yang betul dan halal untuk menyara diri sendiri/keluarga, itu dah cukup.


Siapa lah kita untuk menutup mulut2 puaka iri hati berhati busuk dia luar sana.




1 comments:

fadYGbaek said...
This comment has been removed by the author.